Diuji kerana sayang

Assalamualaikum 

Hurm dah lama tak type blog ni rasa berkurun lamanya. Masa sekarang terlalu singkat, ntah singkat tu sebab dulu dan sekarang dah tak sama ke? dulu masa study type blog pun sempat lagi tapi sekarang bila dah kerja memang tak ada kesempatan tu, sempat tu sempat tapi tak ada mood nak bercerita. 

Tahun ni tahun paling janggal dalam hidup aku, bukan aku saja, rasanya satu dunia berasa janggal sebab satu dunia disuruh berkurung DALAM RUMAH, apa akan jadi kalau kau keluar rumah? Barangkali untuk terkena jangkitan Covid 19 ti terlalu tinggi, Covid 19 apa tuu?? tanya Pak Cik Google confirm dia boleh jawab tujuan aku nak tulis kat blog ni bukan nak cerita pasal virus 

Cuma nak cakap virus tu, makhluk Allah tak dapat dilihat dengan mata kasar tu dah menakutkan semua orang..bukan sekadar menakutkan tetapi segala aktiviti rutin yang kita buat tu dah tak boleh buat sementara ni kerana jangkitan virus tu sangatlah mudah sampaikan kita yang berhari hari pergi kerja, dah jadi work from home je, aku okay lagi work from home sebab jauh dari bos  , cumanya concern aku bila nak meeting tuhlaaa agak melecehkan bila line internet tak smooth, orang lain pun tak dapat dengar suara kau, sampaikan kau kena repeat balik apa yang kau cakap ☹️. Dari taska sampai universiti pun kena tutup sebab virus tu je. 

Dahla aktiviti harian terbatas apatah lagi segala majlis, sebarang aktiviti yang berkumpul tak digalakkan, yang sedih ni, aku lah termasuk bakal pengantin yang terpaksa postpone majlis kawen aku 😞, kepada yang satu batch kawen sama dengan waktu aku nak kawen, aku wish tahniah ye, dan untuk aku, sumpah rasa tipu kalau tak sedih tapi sebab Tuhan kata nanti dulu, hold lah dulu. Apa yang diplan dari A sampai Z kesudahnnya begitu sajalah yang terjadi, doakan aku dan tunang aku kuat dalam menghadapi ujian ni .

Hah cakap pasal tunang, Alhamdulillah dah jadi tunang orang, tahun lepas lagi, patutnya bulan 3 hari tu dah selamat jadi suami isteri tapi apapun Allah dah tulis catat cantik2 ceritera hidup kita ni, kita tak layak pun nak mempertikaikan padaNya yang kita tak berpuas hatim, kita complain itu ini.. mungkin Allah akan bagi hikmah yang tak disangka sangka so always remind ourselves jangan bersangka buruk padaNya, Allah uji sebab Allah sayang bak kata Ustaz Ebit Lew.

Semoga kita tabah dan kuat, semoga urusanku dan Encik Tunang dipemudahkan lagi selepas ini, 

Comments

Popular Posts