Pajeri Terung Mudah

Assalamualaikum


Wah nampaknya dah bertahun tahun sis menyepikan diri dari penulisan blog ni. Kadang kadang sis ada je jenguk jenguk blog sendiri ni walaupun pos tak lah banyak mana dan tak seaktif nak menulis sebab sis bukan la tergolong orang yang banyak idea nak menulis ni. Sis bukak balik blog sis ni sebab sis nak tukar background yang dah lama sangat tak tukar ni hahaha. Nak bagi nafas baru, yess nafas baru tapi lagu raya yang lama lama tak boleh bagi nafas baru kerana tak kena dengan halwa telinga la (yes dah dekat nak raya). Dalam 3 tahun tanpa sebarang kata dan ayat ni, macam macam dah berlaku tau..dalam durasi masa tiga tahun, aku tengah berhempas pulas nak habiskan sisa study aku, final year project, dalam tengah tengah nak habiskan sisa-sisa sebagai student ni putus cinta (eh?), kena tahan warded..Alhamdulillah grad juaaa dengan jayanya dan sekarang ni aku dah kerja dekat selatan tanah air (hihi tak nak share la).. okay yang semua2 fasa tu in sha Allah kalau tangan rajin lagi nak menaip, kalau ada yang sudi baca, aku akan share kat sini, tak de orang baca pun tak mengapa, nanti aku sendiri nak baca =P .


Sebab sekarang ni dah kerja, jauh dari family, makanya dengan automatik aku kena hidup berdikari, dah jadi perantau, bila kita tinggal ditempat orang, makanan kat kampung tak kira makanan tradisional ke, makanan mak kita masak tak sama apa yang kita makan kat sini melainkan orang tu betul betul pro, satu negeri dengan kita ke kan. so sebab haritu 1st day Ramadhan, aku cuba la search resepi pajeri terung ni dekat google plus dengan youtube, aku dari dulu memang ada passion memasak, sebab kalau kat IG ke, FB ke kan, tak pun youtube aku suka tengok video masak2 compare dengan kawan2 aku yang lain yang lagi suka tengok video mekap2 (sis pun suka cuma aku tak reti nak mekap dan aku tak suka laburkan duit aku ke arah mekap stuff semata mata sebab bagi aku membazir, dan aku tak suka mekap tebal2 skill mekap aku taklah pro, so mungkin mekap stuff cepat expired finally buang macam tu je tak ke membazir tu) lain lah kalau makanan kannn heee kalau makanan semua masuk perut, kenyang perut suka hati hihi =P. 


Aku pun bukan lah kategori pandai masak sangat cuma aku dah kena start dari sekarang bab memasak ni tak lama lagi nak kawen  kesian laki ai kalau dapat isteri tak pandai masak macam ai sebab nanti asyik makan luar je, huhu bukan tu je nanti takut turn kita yang kena memasak kat rumah mertua memang tu lah kita kena pandangkann.. so aku ambiklah inisiatif sikit untuk memasak ni nak biasakan diri, at least bila aku kawen nanti, dah bergelar isteri takdelah aku jakun sangat kat dapur tu haha. Tak perlu tunggu kawen pun baru nak belajar masak, mulakan dari sekarang supaya bila dah ada tanggungjawab tersebut tak delah kau terhegeh2 ambik phone nak google resepi, time tulah jugak nak potong2 ayam,daging, siang ikan tapi terkial kial macam mana nak stay kat umah mak mertua macam ni  huhuh. Okay baru perasan dekat 3 perenggan aku bebel macam macam so nak masuk perenggan keempat boleh dah masuk cerita pasal resepi Pajeri Terung Mudah by Najeeha (ejaan nama tak nak kalah) : -P 

Pajeri Terung Mudah 

Bahan bahan 



Benda yang paling mustahak opkos laa terung kan tapi aku sendiri tak letak gambar terung kat sini hahaha

Bawang merah 3 biji (dipotong halus tapi ikut suka korang nak potong macam mana untuk tumis, aku potong halus sebab rumah aku takde blender so ni je cara dia huhu)

Bawang putih 2 ulas (dipotong halus jugak)

4 sekawan or fantastic 4 (Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih) ni kena tahu nanti kena soal dengan mak mertua haha 

Serbuk kari ayam/daging (tak kisah brand apa kau nak pakai)


Santan 

Garam, gula untuk secukup rasa 


Cara caranya 


Macam biasa panaskan minyak, minyak tu taruk dalam satu sudu makan, kemudian masukkan 4 sekawan tu, tumis sampai naik bau sikit, tahu kenapa kena masuk 4 sekawan sekaligus sebab mereka kawan karib apa2 pun kena bersama sama  tak boleh dipisahkan  =P, then masukkan bawang putih dan bawamg merah yang telah dipotong. Tumis sampai nampak warna bawang putih dan bawang merah ni kekuningan. Euwww sonok membawang dalam kuali ye




Dah kuning2 makcik2 bawangs tu eloklah masukkan serbuk rempah kari ayam, tak nak bagi kering taruk air sikit, haa bab tumis menumis rempah ke apa ni, kena tumis sampai pecah minyak, pecah minyak ni dia punya tekstur lapisan minyak dah ke atas, lapisan tumis ke bawah, tu baru betul2 pecah minyak. Tapi sory aku tak upload pulak rupa pecah minyak tu macam mana sebab aku tengah menaip kat opis, haha.. Kenapa apa2 yang tumis ni, macam rempah misalnya kena pecah minyak? sebab kalau kau tumis tak pecah minyak, pastu terus masukkan santan, kemungkinan nak dapat cirit birit tu tinggi hahah..yes siyes..sebab tu kalau kat tempat aku, kalau dengar orang yang pegi kenduri bising duk cakap2 cirit birit, sah sah dorang tumis kuah buat gulai tu, tumis tak pecah minyak. Belum pecah minyak lagi dah masukkan santan.  



Dah masukkan santan, bagi mendidih tu, baru la masukkan terung and part last garam, gula nak pedas sikit masukkan aje cili banyak mana yang kau nak. Tadaaaa dah siappp macam sendu je gambar ni hahah..tapi sedap!! adalah rasa tuu (puji diri sendiri nampak). Sebenarnya apa yang aku tengok tak kisah kat google ke, youtube ke kann mostly ada letak bahan macam kerisik dengan udang kering yang ditumbuk, aku tak tahu apa function dua bahan tu, aku tak beli sebab aku rasakan benda tu membazir sebab aku jarang masak so aku tak beli huhu. Nanti next time aku try masukkan dua bahan tu and bezakan rasa dia macam mana. Pajeri terung ni sedap dimakan bersama sama ikan goreng yang dah diperap dengan kunyit tuu makan dengan nasi panas2 emhh sedapnyerrrrrrr kan haha.. makan dengan telur dadar yang goreng tebal2 tu je pun sedapp jugakk.. 


Pajeri Terung Mudah sesuai dimasak oleh orang bujang macam ai ni haha, yang tak bujang lagi tu boleh je cuba, siapa2 pun boleh cuba hee. Selamat mencuba ya =) 








Comments

Post a Comment

Popular Posts