Apakah yang korang akan lakukan kalau...

Assalamualaikum

Apa yang korang akan buat kalau awak tak pulang ke kampung semasa raya (acah acah student oversea). Especially raya haji.. 

Tahukah awak (ayat skema) dalam mengubati kekecewaan tak pulang ke kampung banyak sebenarnya awak boleh buat tahu? Selain sedih nak merajuk bila siblings hantar gambar makanan sedap-sedap mak awak masak dikampung, sedih sebab makan meggi, sedih sebab tiket habis nak balik kampung.. Why not you invite your friends to do some fun activities? 

Ayuh move on! Keep calm jangan sedih-sedih.Masa raya haji haritu aku pom tak balik taw.. Yes i know memang tak sah budak pantai timur macam saya tak balik ke kampung.But i've my own reason why i dont back home (oh sorry i cant tell here).. 

Bila dah dapat tahu tak balik, saya ada planning nak buat aktiviti masak2 dengan kawan sekelas yang tak balik bercuti (sebab housemates saya semua balik rumah). Memandangkan kawan saya erima, dah biasa buat kerja kerja dapur so tadak masalah lah nak masak (saya tak berapa tahu tapi saya sedang belajar).. And i thought my plan xberjaya lah takut member ada planing lain nak buat kan.. Tapi Alhamdulillah raya kedua hari tu planning menjadi!!

Planning nak buat raya pertama (aura raya pertama kuat feeling nak beraya) tpi sebab last2 minutes dapat tahu Datuk Nc buat majlis hari raya Aidiladha kat   
uniciti,sungai Chuchuh so ditunda pada hari raya yang kedua :) 


  With Datuk NC,Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin,who are friendly person to his student..


Wajah-wajah yang tak pulang beraya ke kampung halaman huhu


Selepas kenyang perut,cari port ambik gambar jelah kan.Only White wall is the best background to take a picture huhu no street walk,no 3D picture to pose haha.. 

 Love this pose.. Like wanita berkejaya gitchuu huhu thanks Zana!! 

Half day jugak dekat sungai Chuchuh sampai tengah hari.. Macam2 makanan ado.kenyang perut dibuatnyo. Tapi malam tu lapar balik so tak silap just masak ikan sardin berlado tu je dengan tanak nasi hihi. 

Dan hari ditunggu2 tiba.Disebabkan perkakas dapur tak banyak dirumah saya so saya sarankan kawan-kawan saya membawa peralatan yang takde dalam rumah saya

1)Erima: bawa periuk nasi elektrik (saya punya ada cuma tak cukup tanak nasi dalam kuantiti orang yang ramai),shake and take dia punya yang baru sampai
2)Zana:bawak diri je dia tahu,orang paling awal sampai,sampai2 rumah request nak masak nasi goreng dirumah saya sebab lapar.. Haha
3)Ain dan housematenya,Syarmin bawa pisau dan pinggan serta mug besaq gedabak! (Saya suruh depa semua bawa pinggan dan gelas sendiri sebab tak cukup) 
4)Caa: orang yang bagus sekali sebab tolong ambikkan daun pandan dekat blok b9 (tapi saya tak tahu daun pandan tu ade jugak belakang blok saya),bawa pisau,sudip kayu untuk mengacau. 

Mengikut planning saya,saya cadangkan buat nasi lemak sebab satu dia mudah nak buat,raw material dia pun tak perlu taruk lam peti ais (sebab rumah takde peti ais sebab dilarang,exectly,perkakasan dapur seperti periuk nasi elektrik,dapur elektrik,dapur gas segala mak nenek tu tak boleh bawak sebab DILARANG tapi sebab sapa lah tak boring kan asyik beli makanan kedai je..masak jelah syuuhhhh jangan pihak office kasi tahu kan naya aku nak sorok mana barang2 tu :'(.. 

Aktiviti memasak bersama rakan rakan satu kelas amat menyeronokkan.. Saya yang tak berapa pandai masak ni dapat ilmu setiap orang daripada kawan-kawan saya.. Segala petua,pesanan mak2 diguna masa memasak,pelbagai negeri tahu..Johor(Erima),Pahang(Zana),Negeri Sembilan(Ain dan Syarmin),Perak(Caa) dan Kelantan (sayalah tu).. Masak punya masak, dengan semangat kerjasama yang ada tu.. Dan jadilahhhh...... 

 Nasi lemak gadis perantauan + banana smoothies :) 

Sedap sangat walaupun masa masak sambal tu,tepercik2 sambalnya macam volcano (sebab pakai kuali kecik itu je yang ada).Dalam dok menjamu selera tu Caa request nak buat bubur chacha sebab dia tahu nak masak macam mana.. Berbekal kan tepung gandum yang dia beli dari housemate dia, dapat lah buat bubur chacha untuk minum petang :) 

Bubur chacha, chacha tu saya,Erima dan Caa yang uli..dapatlah bagi-bagi sorang demi sorang :)

Day3 

Macam hari raya kedua jugak,masa yang sama (dalam tengah hari gitu). Kami masak kuah kacang dengan nasi himpit yang ni Erima cadangkan sebab ia pom senang.Sekarang ni kan dah ada nasi himpit yang siap packing kat pasaraya cuma tunggu nak masak je.Saya serahkan pada Caa masak nasi himpit tu sebab dia ada periuk nasi saiz besar. kacang tanah pulak,saya yang goreng.Dan bila dorang datang ke rumah, sama2 lah masak.. Kuah kacang pom masa nak hampir pecah minyak tu dah jadi macam volcano jugak sama macam masak sambal huhu..!

Kuah kacang volcano + nasi himpit + laici smoothies. 

Lepas siap masak tu,prepare2 bukak lappy sambil layan movie Cinta Paling Agung sambil marah2 kau (yela sapa rela dimadukan?) huhu. Then berakhirlah aktiviti itu.Dua hari punya masak tu kami (6 Orang) just spend RM 7.00 sahaja!! jimat kan? So kalau time cuti panjang,korang tak dapat nak balik kampung, (bukan time hari raya sahaja) buat lah aktivit macam ni kalau korang tak nak habiskan duit dengan aktiviti jalan-jalan.. Banyak lagi, ambik satu masa ke tengok movie sama2 member pom best jugak(nak release stress masa study), pi jogging ke dan macam2 lagi.

So takdelah korang rasa keseorangan masa cuti di hostel/rumah sewa camni. 
Okay itu saja.. Laparlah nak makan tengah hari ni sambil layan movie huhu.. adiozzzz..

Bui-bui 





Comments

Popular Posts